Showing posts with label syariat. Show all posts
Showing posts with label syariat. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

TANGGUNGJAWAB KITA???

Assalamualaikum dan salam sejahtera........
Bismillahirrahmanirrahim........

:)))) senyum dulu...

salam sume...pe kaba?hari ni,perkongsian mengenai tanggungjawab kita. Sudah tentu sesentengah daripada kita sudah boleh mengagak apa tanggungjawab kita hidup di bumi ini kan???
hihihi......
insyaallah;
1- abiidul Allah ( hamba Allah)
2- khalifatullah ( pemimpin di bumi ini,mencegah dan mengelak kerosakan daripada terjadi di bumi ni)
3- daie ila Allah ( mendorong atau menyeru kepada Allah; ajak manusia kepada Allah, mentauhidkan Allah)

kita...hakikat sebagai hamba, maka sudah pastilah manusia mesti tunduk patuh, taat setia, mengikut dan menurut perintah Allah Maha Pencipta. Jika segala ciptaan di langit dan di bumi pada hakikatnya menyerah kepada Allah; maka alangkah lebih layak dan berhak manusia itu, sebagai sifatnya hamba Allah yang istimewa itu sujud dan menyerah diri kepada Allah itulah intipati atau saripati Islam sebagai Agama Allah.

Maksudnya: “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar Tauhid (Mengesakan Allah) dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukanNya (dengan sesuatu yang lain) ”.
(Al-An’am; 79)

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia yang sebaik-baik kejadian”.
Justeru kerana keistimewaan dan kesempurnaan kejadian manusia ini, maka sudah tentulah manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tertentu yang perlu dilaksanakan di dalam memenuhi matlamat penciptaan mereka itu.

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Iman al-Bukhari dan Muslim dari Mu’az bin Jabal r. a katanya :
saya mengekori Nabi s.a.w. yang sedang menunggang seekor keldai. Tiba-tiba baginda bertanya kepada saya :
 “Wahai Mu’az, adakah engkau tahu hak Allah ke atas hamba-Nya?”.
Saya menjawab : “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”.
Baginda bersabda : “Hak Allah ke atas hamba-Nya ialah mereka wajib mengabdikan diri mereka kepada-Nya dan tidak menyengutukan sesuatu apapun dengan-Nya.

Beribadah kepada Allah tidaklah terbatas kepada apa yang lazim difahami oleh masyarakat umum, iaitu hanya terbatas kepada solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain ibadat khusus sahaja. Sesungguhnya ibadah yang dikehendaki adalah lebih luas dari itu, mencakupi kepatuhan kepada setiap perkara yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.







Thursday, April 14, 2011

PURDAH,NIQAB,HIJAB


Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.


Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.
Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya. 

walahua'lam




jawapan daripada : Ust. Azhar Idrus