Saturday, March 19, 2011

KEMBALI oleh tashiru



         


 Walaupun kita telah berjaya atau beroleh natijah yang baik dan cemerlang dalam kehidupan,jangan lupa bahawa kita merupakan hamba Allah SWT yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT akan nikmat tersebut.

Diri kita merupakan hak milik mutlak Allah SWT dan tidak mustahil jika Tuhan mahu mengambilnya kembali. Oleh itu,kita hendaklah bersyukur di atas segala yang dikurniakan oleh Allah Taala samada bagi kita ia adalah perkara baik mahupun buruk.

Ingatlah bahawa Allah lebih mengetahui atas setiap sesuatu. 

Bukan itu sahaja,jadikan perkara-perkara tersebut sebagai anugerah yang Allah berikan kepada kita untuk meningkatkan keimanan kita terhadapNya.

Jika kita berbalik pada sirah nabi Muhammad SAW juga,terhadap riwayat menceritakan mengenai nabi yang pada suatu ketika sewaktu bersama-sama isterinya; Saiyidatina Aisyah. Baginda telah ditegur oleh Sayyidatina Aisyah mengenai kaki baginda yang telah bengkak dek kerana baginda bangun di akhir malam dan bagi menunaikan solat.(qiamulail)
Baginda lantas menjawab kepada Sayyidatina Aisyah;(berdasarkan mafhum hadis tersebut):
salahkah jika aku ingin bersyukur pada Tuhanku?

Berdasarkan hadis tersebut,jelas menunjukkan bahawa Rasulullah,iaitu Rasul Ulul Azmi tekad, bersyukur dan menunjukkan rasa cinta baginda terhadap Pencipta Yang Maha Agung; ALLAH SWT dengan sepenuh hati. Walaupun pada hakikatnya baginda telah mengetahui baginda di sisi Allah swt sebenarnya sudah tersedia tempat yang indah lagi terpuji.

Oleh itu,kita yakni umat akhir zaman yang belum tentu setebal mana iman kita dan sekuat mana pegangan tauhid kita,marilah kita sama-sama meningkatkan iman kita dan bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita.

InsyaALLAH... 




No comments:

Post a Comment